Kumpul Emas Capai Matlamat

Kumpul Emas Capai Matlamat

Emas lebih mudah dikumpulkan berbanding duit kertas. Kalau nak kumpul duit untuk tujuan tertentu, boleh pertimbangkan emas sebagai tabungan anda.

๐Ÿญ. ๐—ง๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฒ๐—น๐—ถ ๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต

Jika anda ada rancangan membeli rumah dalam jangka masa 3 tahun dari sekarang. Mulakan menyimpan emas. Target simpan 3gram setiap bulan. 3 tahun (36 bulan) x 3gram = 108gram. Andaikan harga emas RM182 segram. RM108 x RM182 = RM19,656. Cukup buat deposit rumah RM200k ke bawah.

๐Ÿฎ. ๐—ง๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ต๐˜„๐—ถ๐—ป

Kepada bakal pengantin, jadi emas sebagai maskahwin atau hantaran kepada bakal orang rumah. Emas yang popular dijadikan maskahwin ialah dinar emas. Boleh suruh bakal imam masing-masing menyimpan emas dari sekarang. Target kumpul 1dinar 1bulan. Sampai masa, jual emas tu untuk dijadikan belanja majlis perkahwinan nanti.

๐Ÿฏ. ๐—ง๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—จ๐—บ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต

Yang berhajat menunaikan umrah. Target simpan 10 dinar untuk perbelanjaan menunaikan umrah. 10 dinar nilai dalam anggaran RM7k. Insya-Allah cukup untuk menunaikan umrah kelas ekonomi. Kalau dapat pakej murah sedikit, RM7k cukup termasuk belanja. Kumpul 1dinar 1 bulan atau beli 10 dinar 4 atau 10 kali bayaran.

๐Ÿฐ. ๐—ง๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ

Emas boleh dijadikan tabung harta untuk anak-anak. Emas aset fizikal yang boleh diwarisi. Ada juga pesara yang membeli emas sebagai hadiah kepada anak-anak mereka. Daripada duit ganjaran pencen habis dibelanjakan sambung rumah. Baik ditukarkan kepada emas. Kebaikan emas dijadikan tabungan bukan saja duit kita bertahan lama malah mengikat duit kita daripada kejatuhan nilai dalam jangka panjang. RM10k hari ini mungkin tak sama nilainya 10 tahun akan datang.

Begitulah

#PGG100Network

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *