Menyimpan Satu Perjuangan Dalam Hidup
Menyimpan ini satu perjuangan dalam hidup.
Tak semua orang suka menyimpan, kerana menyimpan ini memerlukan pengorbangan yang besar.
Kalau kawan kita guna telefon baru, kita masih guna telefon lama, kalau mereka tonton wayang, kita masih tonton tv1, tv2, tv okey dekat rumah.
Bersabarlah. Itu pengorbangan yang perlu kita bayar untuk masa depan.
Tak berdosa guna telefon lama, tak salah tonton tv hanya siaran percuma.
Biar kita nampak low class tapi poket kita lebih besar daripada mereka.
Kalau barang tu masih boleh pakai, pakai saja sampai habis.
Bila saya mula-mula bekerja dulu, saya macam orang lain juga, teringin nak pakai macam-macam, teringin nak beli itu ini.
Tapi bila saya fikir semula,
“Kalau aku berbelanja sakan hari ini, sebenarnya aku sedang menempah maut masa akan datang. Kalau aku menyimpan hari ini, aku sedang tebas jalan kesenangan masa akan datang.”
Menyimpan ini kita MENEBAS JALAN KESENANGAN masa akan datang.
Ya … Letih, penat dan membosankan.
Ini satu perjuangan dalam hidup kita. Tiada yang manis dalam tempoh perjuangan ini.
Sapa sanggup dia akan menang, sap lalai, siap sedia menempah jalan kesusahan.
Simpan kawan-kawan,
Minium 10% daripada gaji kita, sama ada dalam bentuk emas, asb atau tabung haji.
Mulakan kumpul dana kecemasan 3 bulan gaji kita dari sekarang.
Kalau gaji RM2000, usahakan kecemasan RM6000. Kejar ini dulu sebelum yang lain.
Kalau sudah terbabas sebelum ini. Tak apa, jalan terus, baiki mana yang kurang.
Berdoa kepada maha Esa agar dipermudahkan segala urusan kita.
Jangan letih untuk baiki kehidupan kita, kerana ini satu perjuangan dalam hidup kita sendiri.
Saya doakan kita semua kaya berjaya dalam kehidupan.
Semangat gais. 💪💪
Bagitahulah ceritanya.