Pilih Pekerjaan Yang Kita Suka

Pilih Pekerjaan Yang Kita Suka

Bila suka sesuatu pekerjaan tersebut kita akan buat bila-bila masa, tiada limit masa, tiada masa pejabat, tiada had waktu. Kita buat tak tentu masa siang ataupun malam.

Ibarat kanak-kanak yang seronok bermain. Mereka akan sentiasa bermain dan bermain tak tentu masa.

Siang mereka bermain, malam pun mereka bermain. Tahu-tahu senyap, rupa-rupanya dah tertidur kepenatan.

Begitu juga jika seronok dengan sesuatu pekerjaan tersebut. Kita buat ibarat bermain. Buat bukan kerana terpaksa atau bos tetapi kita buat kerana kita suka dengan pekerjaan itu. Kita buat dengan rela hati dan seronok melakukanya.

Cari pekerjaan yang kita suka lakukan hari-hari tanpa jemu. Bila kita suka, kita buat bersungguh-sungguh. Produktiviti akan meningkat lebih 100% apabila seseorang melakukan pekerjaan yang dia suka.

Kalau tak suka pekerjaan sekarang cari exit plan dengan pekerjaan yang kita suka. Jangan buat sesuatu pekerjaan kerana terpaksa atau memaksa diri kita melakukannya. Pastikan kita akan tertekan sepanjang kehidupan kita.

Hidup ini adalah soal pilihan sama ada bahagia atau pun menderita.

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *