Siapa Pun Tidak Tahu Kita Simpan Emas

Siapa Pun Tidak Tahu Kita Simpan Emas

Beberapa hari lepas ada seseorang yang wasap saya.

Saya namakannya sebagai Cik A. Saya kurang pasti adakah beliau seorang dropship atau stokis. Tetapi beliau menjalankan bisnes produk kecantikkan secara online.

Bertanya tentang dinar emas, InsyaAllah mahu menyimpan suatu hari nanti katanya.

Saya anggap beliau mahu alihkan keuntungan bisnesnya kepada emas.

Lebih seronok tengok dinar berbanding barang kemas, katanya lagi.

Beliau bukan jenis yang suka pakai barang kemas. Barang kemas semasa hantaran perkahwinan pun beliau simpan saja. Tak dipakai.

Takut dianggap riak atau menunjuk-nunjuk apabila terlalu banyak pakai barang kemas.

Dalam pengalaman saya, memang ada orang perempuan yang tak suka pakai barang kemas tapi lebih suka simpan goldbar atau dinar.

Saya bagitahu beliau, kalau macam tu simpan saja dinar atau goldbar, tak tunjuk dengan orang, kita simpan diam-diam.

Inilah kelebihan emas kerana tiada siapa yang tahu kita menyimpan emas melainkan kita bagitahu sendiri.

Jika anda seseorang peniaga yang menjalankan perniagaan secara online, gunakan emas untuk alihkan keuntungan bisnes anda supaya lebih bertahan lama.

Mengikuti pengalaman saya, sangat ramai peniaga online berjaya buat sale tinggi setiap bulan tapi tak ramai yang berjaya menyimpan keuntungan mereka.

Alihkan keuntungan bisnes anda dengan emas supaya tak terbelanja atau terguna.

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *