Simpan Emas Dalam Safe Deposit Box

Simpan Emas Dalam Safe Deposit Box

1. Ramai yang tertanya-tanya, kalau beli emas simpan di mana? Soalan ini agak subjekif untuk dijawab kerana tiada jawapan yang tepat mengikut Individu. Setiap jawapan bergantung kepada situasi.

2. Secara umumnya jika mempunyai kuantiti emas yang banyak disyorkan untuk simpan emas tersebut dalam safe deposit box atau kotak keselamatan yang boleh disewa di mana-mana bank atau agensi swasta.

3. Bayaran sewaan mengikut saiz kotak yang kita sewa. Semakin besar kotak yang kita sewa semakin mahal caj yang perlu kita bayar.

4. Public Gold juga mempunyai servis sewa kotak keselamatan iaitu Public Safe di Relau Pulau Pinang buat masa ini. Doa-doakan satu hari nanti servis kotak keselamatan ini ada di mana-mana seluruh negara.

5. Wajib ker simpan emas dalam safe deposit box? Wajib kalau kuantiti emas kalian banyak, sunat dan harus kalau takut simpan sendiri di rumah.

6. Kalau ada 10g, 1dinar, 50g dalam 2-3 keping perlu tak sewa safe deposit box? Simpan saja di rumah ditempat difikirkan selamat.

7. Kalau takut juga, Public Gold mempunyai opsyen AkaunEmasGAP. Beli dan simpan emas dalam akaun tersebut. Tak kisahlah berapa banyak mahu disimpan dalam akaun tersebut. 1kilo, 2 kilo, kalau rasa nak simpan sendiri boleh keluarkan emas fizikal di mana-mana cawangan Public Gold seluruh negara.

8. Soalan 🙋 Kalau saya ada emas fizikal tapi nak simpan dalam Akaun GAP boleh tak? Boleh tapi emas kena jual dahulu, duitnya baru beli semula melalui Akaun GAP mengikut harga emas semasa. Saya syorkan siapa ada emas fizikal tak perlu jual semata-mata nak simpan akaun gap. Simpan sendiri saja itu lebih untung.

Begitulah

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *