Usahalah Sehingga Tuhan Kasihan Dengan Kita.

Usahalah Sehingga Tuhan Kasihan Dengan Kita.

Berlaga lutut bertaqali dengan Cikgu S M Salim Sharif malam tadi, sampai terlajak waktu operasi cafe ni dibuatnya.

Sepatutnya tutup pukul 11 malam, kami duduk sini sampai pukul 12 tengah malam. Kalau tak sampai subun rasanya kami duduk sini.

Banyak poin penting yang saya belajar daripada beliau malam tadi, katanya

“rahsia murah rezeki ialah sedekah. Setiap pendapatan yang kita dapat, jangan lupa sedekah. Bagi orang makan, belanja isteri kita, anak-anak kita, adik beradik kita, kawan-kawan kita atau sesiapa pun. Murah rezeki, ada saja rezeki masuk dari jalan kita tak sangka-sangka.”

Saya mendengar dengan khusyuk.

Tambah beliau lagi, “kalau nak sesuatu, selalu cakap dengan diri sendiri.

Contohnya, nak 100 customer. Bagitahu banyak kali dalam diri nak 100 customer. Automatik kita bekerja ke arah itu, dalam sibu-sibuk kita ada saja yang datang nak beli emas. Insya-Allah, apa kita nak akan dapat.”

Saya mula teruja. Inilah rahsia orang berjaya. Saya angguk nak tahu lagi apa beliau sampaikan.

Poin terakhir beliau kongsikan, tawakal dan rezeki.

“Tawakal orang berniaga ni sangat tinggi berbanding orang lain. Lebih 100%. Kalau kita dah usahkan akan dapat juga, cuma persoalan rezeki lambat atau cepat saja.”

Tak terkata saya dibuatnya.

Nak saja saya lari nangis dekat bucu katil. Poinnya sangat ringkas tetapi itulah yang selalu saya lupakan.

Jadi kawan-kawan

Berbisnes ini kita bukan sekadar buat duit, tetapi dengan bisnes ia menjadikan diri kita lebih dekat disisi Tuhan.

Kita tak sempurna dan kita juga tak sekuat mana. Tawakal lah kepada Tuhan jika segala usaha telah kita lakukan.

Usahalah sehingga Tuhan kasihan dengan kita.

Jangan mudah berputus asa jika kita belum betul-betul berjaya.

Ia bukan bermakna kita gagal tetapi usaha untuk arah kejayaan itu belum cukup sepenuhnya.

Buat dengan sabar.
Kejayaan itu pasti akan datang juga.

Begitulah.

https://t.me/MohamadShafiqRohaizad

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *